Tuesday, 10 May 2016

TUGASAN BERKUMPULAN

Nama Kursus:
BMK3033 Keterampilan Membaca

Nama Pensyarah:
Dr. Norul Haida binti Reduzan

Nama Ahli Kumpulan:

Aslindah binti Rizal
D20141067096

Shahira binti Muhd Taib
D20142068997

Nurhayati binti Mohamad Adenan
D201420689000

Nur Anis binti Mohd Kassim
D20142069590

Nur Zalilah binti Muhamad
D20142069592

Noor Azian binti Muhd Azizi
D20142069593




Penghasilan Roda Minda (Teknik Hubung Soal Jawab)

Bahan-bahan yang digunakan:


  • Kertas warna
  • Gabus
  • 'Mounting board'
  • Marker
  • Kertas A4
  • Batang aiskrim



Proses menghasilkan Roda Minda






Laporan Perlaksanaan Pameran

                                  

                                        




KERTAS KERJA
KEM PERLAKSANAAN PAMERAN BAHAN BANTUAN

 TARIKH
11 MEI 2016

TEMPAT
BITARASISWA

ANJURAN
Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2015/2016

DENGAN KERJASAMA
Fakulti Bahasa dan Komunikasi



1.0       PENGENALAN

Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri mengenai penyediaan dan pameran bahan bantuan. Tambahan lagi, program ini juga dibentuk bertujuan untuk memenuhi salah satu tugasan kursus BMK 3033 bagi semester ini.

2.0       RASIONAL

Selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyakarakat yang kreatif, inovatif dan berwawasan, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung khususnya kepada bakal guru. Melalui program seumpama ini, keyakinan, kreativiti dan minat mereka dalam melakukan sesuatu perkara akan dapat ditingkatkan. Tambahan lagi, aktiviti seperti ini juga merupakan wadah penting bagi bakal guru dalam usaha untuk membuat persediaan bukan sahaja dari aspek fizikal malahan mental apabila mengajar kelak. 

3.0 OBJEKTIF

Program ini diadakan untuk:
3.1 Meningkatkan daya kreativiti bakal guru dalam penyediaan bahan pengajaran.
3.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan mahasiswa mahasiswi.
3.3 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan mahasiswa mahasiswi.
3.4 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berpengetahuan tinggi.
3.5 Memberi pemantapan ilmu dan pendedahan mengenai penggunaan alat bantu mengajar.
3.6 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.


4.0 HASIL PEMBELAJARAN

  1. Mahasiswa mahasiswi dapat mempelajari teknik yang berkesan yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan kaedah belajar dan mengajar.
  2. Mengurangkan kejutan budaya mahasiswa mahasiswi sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar kelak.
  3. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.

5.0 KEMAHIRAN INSANIAH

  1. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa mahasiswi.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Membentuk peribadi guru yang terpuji dan berketerampilan.

6.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM

Program        : Pameran Bahan Bantu Mengajar
Tarikh            : 11 Mei 2016
Hari                : Rabu
Tempat           : Dewan SITC, UPSI

8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 360 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 2 Sesi 2015/2016 di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


9.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Penaung
Prof Madya Dr Raja Nor Safinas binti Raja Harun

Penasihat
Dr. Dahlia binti Janan
Dr Makmur Haji Harun
Dr. Norul Haida Binti Redzuan

Pengarah program
Norzakwan Azzaim Bin Ibrahim

Timbalan pengarah
Nur Anis Binti Mohd Kassim

Setiausaha
Masyitah Binti Ariffin

Bendahari
Nabilah Husna Binti Alias

Ahli Jawatankuasa
Aslindah Binti Rizal
Noor Azian binti Muhd Azizi
Norhayati binti Mohamad Adenan
Nur Zalilah binti Muhamad
Shahira binti Muhd Taib


10.0 ANGGARAN KEWANGAN
BIL
PERKARA
KUANTITI/UNIT
JUMLAH (RM)
1.
PENDAPATAN

a)      Kutipan dari pelajar
RM 5
RM 30

Jumlah besar
RM 30


2.
PERBELANJAAN INDUK

a)      Mounting board, Kertas warna, Marker Pen dan lain – lain alat tulis
RM 24
RM 24

b)      Fotostat (Pemplet)
RM 6
RM 6

Jumlah besar
RM 30

*Pendapatan – Perbelanjaan Induk =RM 0





Laporan Bahan Bantu Mengajar

1.0       PENGENALAN
Teknik yang digunakan dalam melaksanakan alat bantu mengajar “Roda Minda” ini ialah teknik hubung soal jawab (Quetstion-Answer Relationship –QARs). Teknik ini merupakan salah satu prosedur untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab soalah pemahaman dengan memberikan makna-makna secara bersistematik yang membolehkan mereka memahami kehendak soalan-soalan yang berlainan.
Teknik ini dapat diaplikasikan melalui BBM “Roda Minda” apabila guru mengarahkan pelajar untuk memusingkan roda tersebut sehingga suku kata yang terdapat pada roda dipadankan. Apabila suku kata pada roda dipadankan, maka guru akan meminta pelajar untuk mengeja suku kata tersebut, kemudian meminta pelajar memberikan contoh simpulan bahasa berkaitan suku kata sedemikian. Seterusnya, guru akan meminta pelajar berkenaan memberikan maksud simpulan bahasa tersebut. Akhirnya, guru akan mengarahkan pelajar tersebut untuk membina ayat berdasarkan simpulan bahasa yang diberikan.  

2.0       DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah (Brown J.W, 1983). Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera dan apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.
Menurut Atan Long (1982), alat bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan. Bahan ini diterbitkan dalam bentuk buku, carta, atau slaid yang ditayangkan pada layar. Bukan itu sahaja, beliau turut membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat pandangan dan alat pandang-dengar.
Seterusnya, alat bantu mengajar juga dapat ditakrifkan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran yang mana juga dikenali sebagai sebahagian daripada media pengajaran (Heinich e.t.al, 2002). Selain itu, Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad (1980) mengelaskan alat bantu mengajar kepada dua iaitu software dan hardware
Bukan itu sahaja, alat bantu mengajar boleh dibahagikan kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik (Noraziah Abdul Hamid, 1981). Berikutnya, Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G (1963) pula menyatakan bahawa hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah, sikap sosial, kemantapan emosi serta daya pendengaran.
Manakala Ngui Kuen Sang menyatakan bahawa takrifan mengenai alat bantu mengajar tidak dapat diberikan secara tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik yang bersependapat bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang.
Akhirnya, berdasarkan takrifan bahan bantu mengajar tersebut, dapat disimpulkan bahawa segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan dengan menggunakan alat bantu mengajar. Hal ini akan memudahkan pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran yang disampaikan. Malahan, penggunaan pelbagai media pengajaran secara tepat dapat mengatasi sikap pasif dalam kalangan pelajar kerana ia akan menarik minat pelajar, menimbulkan suasana yang lebih menarik kepada mereka serta meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang topik yang diajar.







3.0       JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
Menurut J.S Farrant (1981), bahan bantu mengajar (BBM) terdiri dari alat bantu mengajar yang asas seperti buku kerja, gambar, peta, carta, dan yang seumpamanya serta alat bantu mengajar elektronik seperti jalur filem, wayang gambar, televisyen, radio, gramotor dan video. Manakala W.F.Connell (1981) pula menyatakan bahawa BBM terdiri daripada papan hitam, buku bercetak, alat pandang dengar dan alat ciptaan baharu seperti alat-alat multimedia. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa BBM terdiri daripada dua jenis iaitu :-
i.                    Bahan bantu mengajar bukan elektronik
ii.                  Bahan bantu mengajar elektronik  

3.3.1    Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1. Papan hitam atau papan tulis 
2. Buku teks 
3. Papan pemer atau papan buletin 
4. Fail tegak dan bahan bacaan 
5. Gambar 
6. Kad imbasan dan kad cantuman 
7. Carta 
8. Grafik 
9. Papan pengajaran
10. Model tiga dimensi 
11. Boneka atau patung 
12. Diorama 
   3.3.2 Bahan Bantu Mengajar Elektronik
1. Overhead Projektor (OHP) 
2. Transparensi OHP
3. Pita slaid (filem slaid) 
4. Radio 
5. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder) 
6. Alat rakaman 
7. Filem tayang atau filem jalur 
8. Komputer

4.0       KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantuan yang bersesuaian dan menepati kandungan pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan impak yang positif terhadap golongan sasaran. Golongan sasaran dalam konteks ini adalah para pelajar sekolah. Seterusnya, teknik penggunaan bahan bantuan mengajar yang berkesan juga dapat memberi manfaat terhadap pendidik atau tenaga pengajar. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengguna bahan bantuan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kebaikan kepada setiap golongan yang terlibat terutamannya pendidik dan pelajar.
Antara kebaikan bahan bantuan mengajar kepada para pelajar ialah :
i)                    Ingatan pelajar terhadap sesuatu topik akan lebih tekal dan kekal
Teknik penggunaan bahan bantuan mengajar akan membantu para pelajar untuk terus memberikan tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini demikian kerana teknik ini memerlukan penglibatan aktif daripada para pelajar. Tumpuan yang diberikan sepenuhnya oleh para pelajar akan membantu pelajar itu sendiri untuk mengingat setiap maklumat-maklumat penting yang disampaikan oleh pengajar / pendidik. Penyataan ini dengan sokong oleh Dale (1969) dalam Noor Azmi Osman (2000) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru akan melibatkan lebih banyak deria pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan ini ingatan pelajar akan menjadi lebih tekal dan kekal.


ii)                  Memudahkan para pelajar untuk lebih memahami sesuatu topik
Penggunaan bahan bantuan mengajar yang fleksibel membolehkan para pelajar memhami sesuatu topik yang diajar dengan lebih mendalam dalam masa yang singkat. Bahan bantuan mengajar juga membantu  para pelajar memahami sesuatu topik disamping meningkatkan daya pengetahuan pelajar-pelajar. Menurut Siti Hawa Munji (1990) menjelaskan bahawa semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, teknik dan kaedahnya mestilah mempunyai aktiviti-aktiviti yang meransang murid, minat serta kecenderungan terhadap bahan bantu mengajar yang disediakan. Penglibatan murid seratus peratus di dalam aktiviti-aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih baik dan pelajar merasa lebih yakin untuk menghadapi pengajaran.
Antara kebaikan bahan bantuan kepada pengajar ialah:
i)                    Bahan bantu mengajar menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan pembelajaran yang diperoleh lebih bermakna
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja memberikan kebaikan dalam aspek pendidikan sahaja malah membantu interaksi antara pengajar dan pelajar. Interaksi dua hala yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu guru untuk memahami minat dan teknik tertentu yang boleh digunakan oleh pengajar untuk menarik lebih minat pelajar terutamanya dalam sistem pendidikan. Hubungan pengajar dengan pelajar juga akan menjadi lebih akrab kerana komonikasi dua hala yang berlaku. Para pelajar akan lebih memberikan kerjasama sekiranya seseorang pengajar lebih bijak mengambil hati mereka. Penyataan ini turut disokong oleh Siti Khairiah (2004) yang menyatakan bahawa guru adalah antara faktor yang mendorong minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


ii)                  Membantu pengajar atau pendidik untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan
Bahan bantu mengajar membantu pengajar atau pendidik untuk menyampaikan sesuatu topik pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan lancar. Noor Azmi (2000) turut menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang baik dan bersesuaian dengan tajuk dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik, lancar dan berkesan. Namun demikian, pengajar atau pendidik perlulah mengetahui tahap minat pelajar supaya bahan bantu mengajar supaya bahan bantu mengajar bersesuaian dengan pelajar dan pelajaran. Secara tidak langsung, hal ini dapat menarik minat pelajar yang lemah untuk lebih memberikan tumpuan dan pemahaman. Kesan peenggunan bahan bantu mengajar yang bersesuaian juga akan menyebabkan pengajar dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas. Setiap pengajar atau guru juga tidak perlu menjelaskan dengan lebih teliti sekiranya para pelajar dapat bekerjasama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Oleh itu, berdasarkan kelebihan-kelebihan tersebut, pengkaji telah memilih untuk membuat dan menggunakan bahan bantu mengajar yang berbentuk roda yang kemudiannya diberi nama “Roda Minda”. BBM   Roda   Minda   dihasilkan bertujuan   sebagai   bahan   bantu   mengajar   yang   mampu   menarik   minat   pelajar terhadap   aktiviti   pembelajaran   di   dalam   kelas. Hal ini kerana, sesi pembelajaran dan pengajaran yang sedang berlangsung adalah tidak membosankan dan memerlukan penglibatan aktif para pelajar di dalam kelas.  Roda Minda ini juga sesuai digunakan sebagai   bahan   bantu   mengajar   kerana   fungsinya   yang   menarik   dan mempelbagaikan   lagi   corak   pengajaran   guru   di   dalam   sesi   pengajaran   dan pembelajaran.  
Berikutnya, BBM Roda Minda ini memfokuskan kepada aspek simpulan bahasa yang mana pada roda tersebut terdapat suku kata yang harus dipadankan oleh pelajar. Kemudian, pelajar akan diarahkan untuk memusingkan roda bagi memadankan suku kata yang terdapat pada roda agar membentuk satu perkataan. Contoh suku kata yang terdapat roda ialah mu- , -lut. Apabila suku kata tersebut dipadankan, maka ia akan membentuk perkataan mulut. Hal ini memerlukan kemahiran pelajar dalam membaca dan mengeja suku kata.
Selain itu, kebaikan BBM Roda Minda ini juga adalah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Hal ini kerana, setelah pelajar berjaya memadankan suku kata yang terdapat pada roda, guru kemudiannya akan mengarahkan pelajar tersebut untuk memikirkan sebuah simpulan bahasa yang mempunyai perkataan mulut. Setelah pelajar berkenaan berjaya memikirkan simpulan bahasa, maka guru akan bertanya kepada pelajar tersebut maksud simpulan bahasa yang diberikan serta membina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut. Hal ini jelas melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif kerana dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru, pelajar tersebut harus berfikir dengan cepat dan dalam pada masa yang sama berfikiran kritis.
Kelebihan lain BBM Roda Minda ini ialah kos bagi membuat BBM ini adalah murah. Hal ini kerana, bahan yang diperlukan adalah mudah didapati serta tidak mahal. Antara bahan yang diperlukan ialah gabus, kertas warna, soletep, reben, double tape, gam, marker pen, kadbod dan batang ais krim. Bahan-bahan tersebut mudah didapati serta harganya yang tidak terlalu mahal menjadikan BBM ini sesuai dan efisien sekiranya digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Bukan itu sahaja, Roda Minda ini juga tahan lasak dan tidak mudah rosak. Hal ini kerana, BBM ini diperbuat daripada bahan yang tahan lama dan tidak mudah rosak seperti gabus. Selain itu, BBM ini juga ringan dan memudahkan guru untuk membawanya ke kelas di samping saiznya yang tidak terlalu besar.
Oleh itu, berdasarkan pernyataan di atas, jelaslah bahawa BBM Roda Minda ini mempunyai beberapa kelebihan tersendiri dan sesuai sekiranya digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas.

5.0       KELEMAHAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantu mengajar sememangnya banyak digunakan oleh para guru di sekolah. Hal ini kerana alat bantu mengajar memberikan impak yang positif dalam membantu para pelajar untuk lebih memahami apa yang di ajar oleh guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan pada setiap BBM. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati BBM Roda Minda turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri.
Antara kelemahannya ialah pelajar akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan simpulan bahasa. Hal ini kerana kami telah memisahkan perkataan dan pelajar perlu memusingkan Roda Minda untuk menggabungkan suku kata tersebut menjadi satu perkataan. Setelah berhasil menggabungkan suku kata, pelajar perlu menghasilkan simpulan bahasa dan ayat yang berkaitan dengan perkataan yang telah diperoleh daripada Roda Minda. Oleh itu, pelajar akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan tersebut.
Kelemahan yang berikutnya ialah sukar untuk memadankan suku kata. Suku kata pada Roda Minda tersebut telah dipisahkan dan dibezakan warna pada setiap suku kata. Oleh itu, pelajar perlu memusingkan roda tersebut sehingga menjumpai suku kata yang sama dan boleh menghasilkan satu perkataan. Sekiranya pelajar masih belum menjumpai suku kata yang sepadan maka pelajar terpaksa memusingkan roda tersebut. Pelajar juga akan cepat berputus asa untuk menyelesaikan permainan tersebut. 

6.0       Mengapa Bahan Bantuan Mengajar Diperlukan
Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1998), telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar  yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antara mengapa bahan bantu mengajar perlu digunakan adalah ia dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat pelajar. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat meransangkan para pelajar untuk belajar. Justeru itu, para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Tambahan pula, jika bahan bantu mengajar itu baik, maka ia juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Sebagai contoh, dalam pengajaran moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam diri para pelajar
Seterusnya, menurut Kamaruddin Hj. Husin (1998), bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar-pelajar. Sehubungan itu, penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Sebagai contoh, apabila mereka melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi oleh pelajar, sekaligus penggunaan internet tersebut akan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak perlu di kalangan para pelajar. Hal ini demikian mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai.
Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga perlu digunakan kerana ia dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian, melalui bahan bantu yang sesuai, ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran. Secara tidak langsung, ia  dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemari oleh para pelajar. Sebagai contoh, apabila guru melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal, guru meminta para pelajar memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, dan meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang lain.
Tambahan lagi, bahan bantu mengajar ini juga perlu digunakan agar  dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah konvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku teks. Hal ini demikian, dengan menggunakan bahan yang menarik seperti boneka, sesi pengajaran tersebut akan dapat memberikan keseronokan kepada para pelajar. Tambahan pula, mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi sekiranya guru yang mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalan cerita tersebut juga tidak membosankan dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Selain itu, ketika sesi pengajaran tersebut berlangsung para pelajar yang juga boleh dilibatkan bersama-sama dan secara tidak langsung pembelajaran secara interaktif dapat dilaksanakan.
Konklusinya, bahan bantu mengajar amat diperlukan agar dapat membina pemikiran pelajar yang berterusan, membantu pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar tentang sesuatu perkara, dan seterusnya mendorong pelajar untuk menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan aktiviti bacaan mereka serta dapat memberi pengalaman baru kepada para pelajar dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih mendalam dan berkesan.

7.0       KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa bahan bantu mengajar sememangnya sangat berguna kepada para pelajar dan tenaga pengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran sangat penting bagi menjadikan sesuatu pembelajaran itu berjalan dengan lancar, berkesan serta membentuk suatu kelainan dalam pengajaran yang mana ia dapat menghilangkan kebosanan dalam diri pelajar di samping menarik minat mereka untuk fokus terhadap sesi pembelajaran yang sedang berlangsung. Dalam kajian ini juga, pengkaji telah membuat sebuah BBM iaitu Roda Minda. BBM ini sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru rentetan oleh beberapa kelebihannya yang tersendiri yang menjadikan ia lebih efisien untuk diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, ia juga mempunyai beberapa kelemahan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, kelemahan tersebut tidak memberi kesan yang dominan dan tidak menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Akhirnya, penggunaan BBM sangat penting untuk menarik minat pelajar dan memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sekali gus  mencapai objektif pengajaran.







8.0       RUJUKAN
Atan Long (1982). Psikologi pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Brown J.W (1983). Perceived environmental uncertainty and the two-step flow
process of scientific and technical communication in research and
development laboratories. New York.
Kamarudin Husin (1998). Pedagogi Bahasa : (Perkaedah). Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.  
            Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Penguasaan kemahiran membaca
: Kaedah dan teknik. Selangor : Ling Wah Press Sdn Bhd.
            Modul Keterampilan Membaca. (2016). Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris
            Nurkhairunnisa. (2012). Kepentingan bahan bantu mengajar. Diperoleh pada 10 April
bahan-bantu-mengajar.html
            Rosnah Bahari. (2012). Defini BBM. Diperoleh pada 10 April 2016 daripada
http://www.slideshare.net/RosnahBahari/definisi-bbm
            Salini Dharan. (2014). Tajuk 4 Bahan bantu mengajar. Diperoleh pada 10 April 2016
daripada http://www.slideshare.net/salinidharan/tajuk-4-bahan-bantu-mengajar