1.0 PENGENALAN
Teknik yang digunakan dalam melaksanakan
alat bantu mengajar “Roda Minda” ini ialah teknik hubung soal jawab
(Quetstion-Answer Relationship –QARs). Teknik ini merupakan salah satu prosedur
untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab soalah pemahaman dengan
memberikan makna-makna secara bersistematik yang membolehkan mereka memahami
kehendak soalan-soalan yang berlainan.
Teknik ini dapat diaplikasikan melalui
BBM “Roda Minda” apabila guru mengarahkan pelajar untuk memusingkan roda
tersebut sehingga suku kata yang terdapat pada roda dipadankan. Apabila suku
kata pada roda dipadankan, maka guru akan meminta pelajar untuk mengeja suku
kata tersebut, kemudian meminta pelajar memberikan contoh simpulan bahasa
berkaitan suku kata sedemikian. Seterusnya, guru akan meminta pelajar berkenaan
memberikan maksud simpulan bahasa tersebut. Akhirnya, guru akan mengarahkan
pelajar tersebut untuk membina ayat berdasarkan simpulan bahasa yang diberikan.
2.0 DEFINISI
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan
segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di bilik darjah (Brown J.W, 1983). Bahan bantu mengajar
bukan sahaja terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar
sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera dan apa sahaja yang dapat
dialami oleh para pelajar.
Menurut Atan Long (1982), alat bantu
mengajar terdiri daripada pelbagai bahan. Bahan ini diterbitkan dalam bentuk
buku, carta, atau slaid yang ditayangkan pada layar. Bukan itu sahaja, beliau
turut membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat
pendengaran, alat pandangan dan alat pandang-dengar.
Seterusnya, alat bantu mengajar juga
dapat ditakrifkan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya
yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran yang mana juga dikenali
sebagai sebahagian daripada media pengajaran (Heinich e.t.al, 2002). Selain
itu, Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad (1980) mengelaskan alat bantu
mengajar kepada dua iaitu software
dan hardware.
Bukan itu sahaja, alat bantu mengajar
boleh dibahagikan kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik
(Noraziah Abdul Hamid, 1981). Berikutnya, Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G
(1963) pula menyatakan bahawa hanya alat bantu mengajar yang mempunyai
komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar
yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah, sikap sosial, kemantapan emosi
serta daya pendengaran.
Manakala Ngui Kuen Sang menyatakan
bahawa takrifan mengenai alat bantu mengajar tidak dapat diberikan secara tetap
walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik yang bersependapat bahawa
penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran
seseorang.
Akhirnya, berdasarkan takrifan bahan
bantu mengajar tersebut, dapat disimpulkan bahawa segala bentuk simbol dan
komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan dengan menggunakan alat
bantu mengajar. Hal ini akan memudahkan pelajar memahami isi kandungan sesuatu
pelajaran yang disampaikan. Malahan, penggunaan pelbagai media pengajaran
secara tepat dapat mengatasi sikap pasif dalam kalangan pelajar kerana ia akan
menarik minat pelajar, menimbulkan suasana yang lebih menarik kepada mereka
serta meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang topik yang diajar.
3.0 JENIS-JENIS
BAHAN BANTU MENGAJAR
Menurut J.S Farrant (1981), bahan bantu
mengajar (BBM) terdiri dari alat bantu mengajar yang asas seperti buku kerja,
gambar, peta, carta, dan yang seumpamanya serta alat bantu mengajar elektronik
seperti jalur filem, wayang gambar, televisyen, radio, gramotor dan video.
Manakala W.F.Connell (1981) pula menyatakan bahawa BBM terdiri daripada papan
hitam, buku bercetak, alat pandang dengar dan alat ciptaan baharu seperti
alat-alat multimedia. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa BBM terdiri daripada
dua jenis iaitu :-
i.
Bahan bantu mengajar bukan elektronik
ii.
Bahan bantu mengajar elektronik
3.3.1 Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1. Papan hitam atau papan tulis
2. Buku teks
3. Papan pemer atau papan buletin
4. Fail tegak dan bahan bacaan
5. Gambar
6. Kad imbasan dan kad cantuman
7. Carta
8. Grafik
9. Papan pengajaran
10. Model tiga dimensi
11. Boneka atau patung
12. Diorama
3.3.2 Bahan
Bantu Mengajar Elektronik
1. Overhead Projektor (OHP)
2. Transparensi OHP
3. Pita slaid (filem slaid)
4. Radio
5. Televisyen dan VCR (Video Cassete
Recorder)
6. Alat rakaman
7. Filem tayang atau filem jalur
8. Komputer
4.0 KEBAIKAN
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantuan yang bersesuaian dan
menepati kandungan pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan impak yang
positif terhadap golongan sasaran. Golongan sasaran dalam konteks ini adalah
para pelajar sekolah. Seterusnya, teknik penggunaan bahan bantuan mengajar yang
berkesan juga dapat memberi manfaat terhadap pendidik atau tenaga pengajar.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengguna bahan bantuan mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran memberi kebaikan kepada setiap golongan yang
terlibat terutamannya pendidik dan pelajar.
Antara
kebaikan bahan bantuan mengajar kepada para pelajar ialah :
i)
Ingatan
pelajar terhadap sesuatu topik akan lebih tekal dan kekal
Teknik penggunaan bahan bantuan
mengajar akan membantu para pelajar untuk terus memberikan tumpuan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini demikian kerana teknik ini
memerlukan penglibatan aktif daripada para pelajar. Tumpuan yang diberikan
sepenuhnya oleh para pelajar akan membantu pelajar itu sendiri untuk mengingat
setiap maklumat-maklumat penting yang disampaikan oleh pengajar / pendidik.
Penyataan ini dengan sokong oleh Dale (1969) dalam Noor Azmi Osman (2000) yang
menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru akan melibatkan
lebih banyak deria pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan ini
ingatan pelajar akan menjadi lebih tekal dan kekal.
ii)
Memudahkan
para pelajar untuk lebih memahami sesuatu topik
Penggunaan bahan bantuan mengajar
yang fleksibel membolehkan para pelajar memhami sesuatu topik yang diajar
dengan lebih mendalam dalam masa yang singkat. Bahan bantuan mengajar juga
membantu para pelajar memahami sesuatu
topik disamping meningkatkan daya pengetahuan pelajar-pelajar. Menurut Siti Hawa
Munji (1990) menjelaskan bahawa semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku, teknik dan kaedahnya mestilah mempunyai aktiviti-aktiviti yang
meransang murid, minat serta kecenderungan terhadap bahan bantu mengajar yang
disediakan. Penglibatan murid seratus peratus di dalam aktiviti-aktiviti semasa
proses pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar memahami isi pelajaran
dengan lebih baik dan pelajar merasa lebih yakin untuk menghadapi pengajaran.
Antara
kebaikan bahan bantuan kepada pengajar ialah:
i)
Bahan
bantu mengajar menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran
lebih menarik dan pembelajaran yang diperoleh lebih bermakna
Penggunaan bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja memberikan kebaikan dalam
aspek pendidikan sahaja malah membantu interaksi antara pengajar dan pelajar.
Interaksi dua hala yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
membantu guru untuk memahami minat dan teknik tertentu yang boleh digunakan
oleh pengajar untuk menarik lebih minat pelajar terutamanya dalam sistem
pendidikan. Hubungan pengajar dengan pelajar juga akan menjadi lebih akrab
kerana komonikasi dua hala yang berlaku. Para pelajar akan lebih memberikan
kerjasama sekiranya seseorang pengajar lebih bijak mengambil hati mereka.
Penyataan ini turut disokong oleh Siti Khairiah (2004) yang menyatakan bahawa
guru adalah antara faktor yang mendorong minat pelajar untuk terlibat secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii)
Membantu
pengajar atau pendidik untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan
Bahan bantu
mengajar membantu pengajar atau pendidik untuk menyampaikan sesuatu topik
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
lancar. Noor Azmi (2000) turut menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar yang baik dan bersesuaian dengan tajuk dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik, lancar dan berkesan.
Namun demikian, pengajar atau pendidik perlulah mengetahui tahap minat pelajar
supaya bahan bantu mengajar supaya bahan bantu mengajar bersesuaian dengan
pelajar dan pelajaran. Secara tidak langsung, hal ini dapat menarik minat
pelajar yang lemah untuk lebih memberikan tumpuan dan pemahaman. Kesan
peenggunan bahan bantu mengajar yang bersesuaian juga akan menyebabkan pengajar
dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas. Setiap pengajar atau guru
juga tidak perlu menjelaskan dengan lebih teliti sekiranya para pelajar dapat
bekerjasama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Oleh itu, berdasarkan kelebihan-kelebihan
tersebut, pengkaji telah memilih untuk membuat dan menggunakan bahan bantu
mengajar yang berbentuk roda yang kemudiannya diberi nama “Roda Minda”.
BBM Roda Minda
dihasilkan bertujuan
sebagai bahan bantu
mengajar yang mampu
menarik minat pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran di dalam
kelas. Hal ini kerana, sesi pembelajaran dan pengajaran yang sedang
berlangsung adalah tidak membosankan dan memerlukan penglibatan aktif para
pelajar di dalam kelas. Roda Minda ini juga
sesuai digunakan sebagai bahan bantu
mengajar kerana fungsinya
yang menarik dan mempelbagaikan lagi
corak pengajaran guru
di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Berikutnya, BBM Roda Minda ini memfokuskan
kepada aspek simpulan bahasa yang mana pada roda tersebut terdapat suku kata
yang harus dipadankan oleh pelajar. Kemudian, pelajar akan diarahkan untuk
memusingkan roda bagi memadankan suku kata yang terdapat pada roda agar
membentuk satu perkataan. Contoh suku kata yang terdapat roda ialah mu- , -lut.
Apabila suku kata tersebut dipadankan, maka ia akan membentuk perkataan mulut. Hal
ini memerlukan kemahiran pelajar dalam membaca dan mengeja suku kata.
Selain itu, kebaikan BBM Roda Minda ini
juga adalah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Hal ini
kerana, setelah pelajar berjaya memadankan suku kata yang terdapat pada roda,
guru kemudiannya akan mengarahkan pelajar tersebut untuk memikirkan sebuah
simpulan bahasa yang mempunyai perkataan mulut. Setelah pelajar berkenaan
berjaya memikirkan simpulan bahasa, maka guru akan bertanya kepada pelajar
tersebut maksud simpulan bahasa yang diberikan serta membina ayat berdasarkan
simpulan bahasa tersebut. Hal ini jelas melahirkan pelajar yang berfikiran
kritis dan kreatif kerana dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru,
pelajar tersebut harus berfikir dengan cepat dan dalam pada masa yang sama
berfikiran kritis.
Kelebihan lain BBM Roda Minda ini ialah
kos bagi membuat BBM ini adalah murah. Hal ini kerana, bahan yang diperlukan
adalah mudah didapati serta tidak mahal. Antara bahan yang diperlukan ialah
gabus, kertas warna, soletep, reben, double
tape, gam, marker pen, kadbod dan
batang ais krim. Bahan-bahan tersebut mudah didapati serta harganya yang tidak
terlalu mahal menjadikan BBM ini sesuai dan efisien sekiranya digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Bukan itu sahaja, Roda Minda ini
juga tahan lasak dan tidak mudah rosak. Hal ini kerana, BBM ini diperbuat
daripada bahan yang tahan lama dan tidak mudah rosak seperti gabus. Selain itu,
BBM ini juga ringan dan memudahkan guru untuk membawanya ke kelas di samping
saiznya yang tidak terlalu besar.
Oleh itu, berdasarkan pernyataan di
atas, jelaslah bahawa BBM Roda Minda ini mempunyai beberapa kelebihan
tersendiri dan sesuai sekiranya digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di
kelas.
5.0 KELEMAHAN
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantu mengajar sememangnya banyak
digunakan oleh para guru di sekolah. Hal ini kerana alat bantu mengajar
memberikan impak yang positif dalam membantu para pelajar untuk lebih memahami
apa yang di ajar oleh guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitu, terdapat juga beberapa kelemahan pada setiap BBM. Dalam kajian ini,
pengkaji mendapati BBM Roda Minda turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri.
Antara kelemahannya ialah pelajar akan
mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan simpulan bahasa. Hal ini
kerana kami telah memisahkan perkataan dan pelajar perlu memusingkan Roda Minda
untuk menggabungkan suku kata tersebut menjadi satu perkataan. Setelah berhasil
menggabungkan suku kata, pelajar perlu menghasilkan simpulan bahasa dan ayat
yang berkaitan dengan perkataan yang telah diperoleh daripada Roda Minda. Oleh
itu, pelajar akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan
tersebut.
Kelemahan yang berikutnya ialah sukar
untuk memadankan suku kata. Suku kata pada Roda Minda tersebut telah dipisahkan
dan dibezakan warna pada setiap suku kata. Oleh itu, pelajar perlu memusingkan
roda tersebut sehingga menjumpai suku kata yang sama dan boleh menghasilkan
satu perkataan. Sekiranya pelajar masih belum menjumpai suku kata yang sepadan
maka pelajar terpaksa memusingkan roda tersebut. Pelajar juga akan cepat
berputus asa untuk menyelesaikan permainan tersebut.
6.0 Mengapa
Bahan Bantuan Mengajar Diperlukan
Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1998),
telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar
yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai
kepentingannya yang tersendiri. Antara mengapa bahan bantu mengajar perlu digunakan
adalah ia dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat pelajar. Hal ini kerana,
bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat
meransangkan para pelajar untuk belajar. Justeru itu, para pelajar akan
terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru. Tambahan pula, jika bahan bantu mengajar itu baik,
maka ia juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan
tumpuan kepada pengajaran guru. Sebagai contoh, dalam pengajaran moral,
bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman video sebenar, mampu
menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam diri para pelajar
Seterusnya, menurut Kamaruddin Hj. Husin
(1998), bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk
perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan
yang tidak diperlukan daripada pelajar-pelajar. Sehubungan itu, penggunaan
bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang bahan
sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Sebagai contoh, apabila mereka
melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi oleh pelajar, sekaligus
penggunaan internet tersebut akan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak
perlu di kalangan para pelajar. Hal ini demikian mereka akan memberikan tumpuan
kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai.
Selain itu, penggunaan bahan bantu
mengajar juga perlu digunakan kerana ia dapat mempelbagaikan aktiviti dalam
proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian, melalui bahan
bantu yang sesuai, ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi
dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran. Secara tidak langsung,
ia dapat mengurangkan kaedah chalk dan
talk, yang kurang digemari oleh para pelajar. Sebagai contoh, apabila guru
melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal, guru
meminta para pelajar memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, dan meramalkan
kemungkinan-kemungkinan yang lain.
Tambahan lagi, bahan bantu mengajar ini
juga perlu digunakan agar dapat
memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah konvesional
yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku teks. Hal ini demikian,
dengan menggunakan bahan yang menarik seperti boneka, sesi pengajaran tersebut
akan dapat memberikan keseronokan kepada para pelajar. Tambahan pula, mereka akan
rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi sekiranya guru yang mengajar
bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalan cerita tersebut juga
tidak membosankan dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Selain itu, ketika
sesi pengajaran tersebut berlangsung para pelajar yang juga boleh dilibatkan
bersama-sama dan secara tidak langsung pembelajaran secara interaktif dapat
dilaksanakan.
Konklusinya, bahan bantu mengajar amat
diperlukan agar dapat membina pemikiran pelajar yang berterusan, membantu
pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar tentang sesuatu perkara, dan
seterusnya mendorong pelajar untuk menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui
peningkatan aktiviti bacaan mereka serta dapat memberi pengalaman baru kepada
para pelajar dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih mendalam dan
berkesan.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa
bahan bantu mengajar sememangnya sangat berguna kepada para pelajar dan tenaga
pengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran sangat penting bagi menjadikan sesuatu pembelajaran itu berjalan
dengan lancar, berkesan serta membentuk suatu kelainan dalam pengajaran yang
mana ia dapat menghilangkan kebosanan dalam diri pelajar di samping menarik
minat mereka untuk fokus terhadap sesi pembelajaran yang sedang berlangsung. Dalam
kajian ini juga, pengkaji telah membuat sebuah BBM iaitu Roda Minda. BBM ini
sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru rentetan
oleh beberapa kelebihannya yang tersendiri yang menjadikan ia lebih efisien
untuk diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, ia
juga mempunyai beberapa kelemahan yang tersendiri. Walau bagaimanapun,
kelemahan tersebut tidak memberi kesan yang dominan dan tidak menjejaskan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Akhirnya, penggunaan
BBM sangat penting untuk menarik minat pelajar dan memastikan sesi pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar sekali gus mencapai objektif pengajaran.
8.0 RUJUKAN
Atan
Long (1982). Psikologi pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Brown
J.W (1983). Perceived environmental uncertainty and the two-step flow
process of scientific and technical
communication in research and
development
laboratories. New York.
Kamarudin
Husin (1998). Pedagogi Bahasa :
(Perkaedah). Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin & Siti Hajar
Abdul Aziz. (1996). Penguasaan kemahiran membaca
: Kaedah dan teknik. Selangor : Ling Wah
Press Sdn Bhd.
Modul
Keterampilan Membaca. (2016). Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nurkhairunnisa. (2012). Kepentingan bahan bantu mengajar.
Diperoleh pada 10 April
bahan-bantu-mengajar.html
Rosnah Bahari. (2012). Defini BBM. Diperoleh pada 10 April 2016
daripada
http://www.slideshare.net/RosnahBahari/definisi-bbm
Salini Dharan. (2014). Tajuk 4 Bahan bantu mengajar. Diperoleh
pada 10 April 2016
daripada http://www.slideshare.net/salinidharan/tajuk-4-bahan-bantu-mengajar